Saturday, May 28, 2011

DOSA IBUBAPA LEBIH BESAR DR DOSA ANAK-ANAK

SHARING IS CARING - kisah seorang sahabat,
my hobby just copy n paste...
untuk renungan bsama....

”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.
Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan ‘kemarahan’ saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secaradistance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.
Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuhmountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.
Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.
“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia”, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.
Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “my father is a Moslem!”
Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.
Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?”
Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.
“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!”, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.
Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza.Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah…

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik defaultmenegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.
Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.
Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.
Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?
Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?
Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.
Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.
Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.
Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Thursday, May 26, 2011

MY NISSA...

Assalamualaikum n slmt ptg semua....

arghhhh...ptg yg agak mbosankan....
dh lumrah manusia kan...bila ada kerja merungut penat dan letih bagai....
tp bila bnyk masa free, huh!! tetap gak merungut, bosan le, boring le dan mcm2 pkataan xbest yg kuar...

astaghfirullahal azim....xpenahnye bersyukur dgn nikmat Allah...

tp tu lah..bru lepas dugaan benornyer...tp idakle sebesar dugaan yg dihadapi oleh ramai org diluar sana...cmner pon ttp gak seriau bila jadik gitu....

apa le gaknyer mazharsayang ni punyer dugaan kan???


citer ni blaku smlm (25/05/11)...bru ada kesempatan nk citer ari nih....
Anak i nissa - umur 8bln, smlm tetiba dijangkiti virus...ermmm lorat je bunyiknyer kan....hehehe...dia diserang batuk je...memula tu just batuk2 kecil je...wah...i mmg seriau sket budak dh start batuk2 nih...mana xnyer, klu dh batuk tu, harrrusss kena selsema, pastu klu antibodi kureng, sure demam le....bila dh demam, sapa yg susah...mak gak nyah....!!! adushh....

tu citer tghari...

bila beransur petang, wah batuk dia nmpk semakin berat...orgtua klu batuk2 still maintain...tp baby 8bln klu batuk, uihhh semacam je bunyiknyer....dan mmg beransur teruk benornyer...mana tak, nafas dh mula berbunyi...susah nk bernafas dan kompom badan dah mula 'dedau'...mula le dia merengek...aduh, lemah bila budak nk demam nih...

ni klu 'nenek' dia tau mestile i kena bebel...."ko xpki kan budak tu stokin ke"..."ko tidokan dia bwh kipas le ni"..."ko diamkan dia dok ngutip sampah kt lantai"...dan bla..bla..bla..huh..mak i ni mmg juara dlm bab mbebel....championship!!!

So, pas maghrib, i p bwk dia ke Klinik 1 Malaysia...mls nk p Panel Clinic, sbb sah2 org ramai....leceh nk tgu turn...bila check, Pegawai Perubatan tu ckp, nissa ATHMA, kena refer ke Komuniti Klinik or GH..lgpon muka dia dah biru, mmg xbley lengah2 lg...mak aiii...cukuple sorang anak 1 athma....(yg tua mmg athma)....so, dlm kul 8:15pm bgegas plak ke Komuniti Klinik di Ayer Keroh, MITC utk dptkan rawatan...Smpi sana, dikira special case le sbb serangan athma salah satu emergency kes dan perlukan rawatan secepat mungkin....Selepas refer doc, kompom, nissa bkn batuk biasa, dia mmg diserang athma ...so tpaksa amik gas utk meredakan pernafasannya....
hehehehe....tu mak dia ketawa bkn sbb suka tgk anak dia sakit ekkkk....tp gelihati tgk muka seriau nissa yg kena tekup gitu...mula2 mmg dia accept kena tekup gitu...tp xlama arrr...pastu mula le kuar suara dia yg serak2 basah tuh....memejam2 melalak sbb lemas gaknyer....dkt2 nk abis gas tu, dia pon dgn sepenuh tenaga muntahkan isi perutnyer abis2an...habis kuar sumer lendir2 tu...merah jap muka lepas muntah tu...ahhh...lega tgk dia dh muntah gitu...

Pas tu refer lg skali ngan doctor utk 2nd check...so far, berkurangan....hah...leganyer, sbb doctor dh ckp, klu lepas amik gas, condition dia mcm td...mmg mlm td kena admit ke GH le gamaknyer...uihhh, xsanggup wooo...syukur, Allah permudahkan segalanyer...ari ni (26/05/11) condition dia btambah baik, batuk cuma sekali2 je...tido mmg nyenyak...sbb dh pekena ubat2an yg sememangnyer mengundang mengantuk....

Skali lg, kupanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dugaanNya lebih kecil keatasku berbanding insan2 lain diluar sana.....

YA ALLAH...
LINDUNGILAH ANAK2 KU DARI GANGGUAN DAN GODAAN SYAITAN YG DIREJAM,
LINDUNGILAH MEREKA DARI BINATANG2 BERBISA
SERTA LINDUNGILAH MEREKA DARI PANDANGAN MATA2 YANG JAHAT....
HANYA ENGKAULAH TEMPAT AKU MEMOHON DAN MEMINTA PERTOLONGAN...
AL-FATIHAH......

AKU WANITA LEMAH

Sharing is caring....
Nukilan dari seorang kawan WANAZIQ ZAIFA....
ingin ku abadikan kata-kata yang indah ini utk tatapan semua.....

Aku menyintaimu kerana agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama pada dirimu, hilanglah cintaku padamu....." (H.R. Imam Nawawi)

"Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Yunus [10]:65)

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, “ Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? (Q.S. Al-Ankabuut:2)
...
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah [2]:216)

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسولَهُ فَقَد فازَ فَوزًا عَظيمًا
Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

"....dan dua orang yang saling mencintai karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya...." (HR. Bukhari dan Muslim)

“Seseorang itu tergantung agama temannya. Maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat siapa temannya.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi).

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..

MISS MIRROR: YA KE KITA TELAH MEMBUANG MASA??

MISS MIRROR: YA KE KITA TELAH MEMBUANG MASA??: "Buang masa? Ya ke buang masa? Kalau buang karen I percaya..... kalau buang masa..........rasanya tak kot....... sama juga kalau macam orang ..."

Tuesday, May 24, 2011

DADIH

Assalamualaikum wbt...

Slmt petang pren2, abg2, kakak2, adik2 n sumer lah....dh brape arii asik copy note kengkawan je utk disimpan di MAZHARSAYANG.BLOGSPOT.COM nihhh....tp suka dgn note2 gitu, sbb xmo ilang gitu je...so klu simpan kt sini, mmg kompom x ilang..bila2 masa bley trace balik kan???

so, ari ni nak upload menu petang i plak....DADIH.....

Citer psl dadih ni, teringat psl penjual dadih kt sekolah anak i tuh....mmg laris le dia punyer dadih...dah tu jual dpn sekolah...target plak budak2 kan...time tghari tu mmg waktu paling sesuai utk pnjual dadih or air...mengakas sensorang cri alternative utk basahkan tekak memasing...walaupon xbrape nk kering tekak tuh...huh...bila tgk cmtu, gase cam nk bisnes dadih le plak...kikikikiki....mmg kompom xsempat jual...anak i dh jd tester dulu....so kena jd -ve...mbazir je bisnes dadih nih....lgpon kena sedar diri...i ni kan ibu productif (my pren le yg ckp)...so klu meniaga mmg xkemana perginyer...lebih2 lg meniaga mknan or minuman nih...abes gitu je....

k lah..xyah le citer psal tokey dadih tu...citer psl dadih i je le....i buat dadih ni pon sbb anak2....dh brape kali dah tpaksa beli dadih tokey dadih tu...1cwn = RM1, setiap kali beli maunyer hangus RM5/daily...nasib yg kenit ni lom pndi mintak dadih...klu x, RM6/daily...sbb apa i katakan daily...sbb ari2 mmg rutin p skola.....x ke jumpa tokey dadih tu ari2...nasib lori yg jual multipurposed mknan tu parking jauh sket, mgk sbb faktor location kot...lori le katakan...tokey dadih mmg no hal...klu bley dpn pintu skola dia nk park & dok sama ngan guard house tuhh....

bila dh gitu, urmmm...org kaya pon bley papa dibueknyer...so , kena le korbankan masa sket (masa layan fb, masa baring2 gitu, n mcm2 masa lah) utk menjimatkan kos n dlm masa yg sama anak2 i x kempunan tgk org lain mkn dadih....dgn bermodalkan RM7, i dpt create hmpir 30cwn dadih kt dlm peti ais tuh...mmg puas le derang mkn.....bbanding nk kuarkan RM5/daily n dpt mkn sorang secawan je...(tu yg jd gaduh..dia mintak aku skit, aku mintak dia skit...mkn xdapat, penampor plak yg dpt)...bila dh buat sdiri, huh smpi xlarat nk mkn...bley keep2 lg....

Jom layan dadih yg dibuat khas utk anak2 tersayang yg sememangnyer hari2 mbakar darah i nih...
serbuk dadih yg berharga rm4.80 je
setin susu cair

air masak dlm 3L...nk sukatan yang lebih mudah, gunakan sukatan botol mineral ni...1botol =1.5L, so 2botol dptle 3L....
Gula pasir pon kena guna sket..amik le dlm balang gula tu...xkan tu pon nk kena beli lain kot...tahap kemanisan ~ ikutle lidah memasing...

3L air + susu cair + gula = didihkan
dh mendidih, offkan api dulu, bru masukkan plak serbuk dadih tu td....kacau smpai sebati...kejap je, xyah lelama...

hah....apalagi, transfer le dlm bekas spt nih...bekas ni mmg i simpan...xkira le bekas telor or kuih umah org kawin, bekas beli dadih kt luar or apa2le...sbb mmg bnyk kegunaannyer...
siaple DADIH PERISA COKLAT & STRAWBERRY  untuk anak2 i nih...dh sejuk sket bru le masuk kt fridge biau lagi sejuk n lg umphhhh....hah...mknle puas2....

BYGKAN TOKEY DADIH TU EKK....KUAR MODAL DLM RM7...DPT BLIK DLM RM30/DAILY....
dia kaye, aku pape.....
kita bako3x

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...: "DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."

KASIH SEORANG IBU

Dear prenzzz...sharing is caring....zassssss!!!!

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Sunday, May 22, 2011

KITA SOLAT SEMBAH KA'ABAH KE??

SHARING IS CARING...note from my pren...

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Saturday, May 21, 2011

RUMAH UTK DISEWA...

tajuk cam iklan kt Muday.my jerkkk....

hehehehehe.....ari ni mmg free lg....almaklum weekend....en. Azhar keje...anak2 dia lak kul 10am bru bangun...so, kol 10 le gak bru sumer sarapan pg....menu sarapan cm biyase....cekodok cicah sambal n kopok ikan terengganu (ipar bagi) cicah sos cili padi....huh, berasap bibir....combine ngan kopi 'O'.....ok le tu...mmg peberet pon cekodok nih....

tghari pon mkn simple je..."pasar mlm kt dpn nun---->awal nau dh tcongok....so layannnnnn....

apa kronologi ari ni ekkk...

xde le yg penting....
  • shingga jam 5pm ni, still menda yg sama...masih hadap blog lg...n tv pon mmg tbukak kt dpn mato ni...tp biyase le...xdop citer lain doh...asik katun je...
  • mlm - nk g umah mak...tu mmg rutin setiap sabtu....huhuhuhu
penyewa kt sblh ni je yg sibuk kelentang-kelentung dok punggah barang....nk kluar mgu dpn a.k.a ujung bln nih....dh kena cri penyewa nih....tp gasenyer i on-hold dulu kot...xmo iklankan awal2...nk check dulu apa yg lebih n kurang kt umah tuh....

sblm current penyewa ni masuk ari tu i dh reno sket2 termasuklah :-
  • baikpulih toilet tingkat atas
  • simen semula bahagian garaj
  • pasang kabinet dapur (sink + dapur)
  • dh siap buat pes control...
skang ni plan nk buat 1-2 benda lagi...pastu bru le i iklankan pd sape yg nk menyewa...

So, sesapa yg nk cari umah sewa bley koling2 1 nti kay....gmbo nti i updated...tu pon slps penyewa ni kluar arrr...

Friday, May 20, 2011

BUAT INSAN YANG BERGELAR SUAMI

Nukilan dipetik dr seorang sahabat....

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku...menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber'sms'..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi...

Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku?





P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

Thursday, May 19, 2011

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

Assalamualaikum wbt....

Lambat sket ke udara ari nih...siang xde menda menarik nk dicoretkan....mlm ni pon xde gak, tp sbb dlm sminggu ni mmg asik updated blog je, tu yg dh mcm gian satu mcm...

Ni, klu dh tulis tajuk cmtu maknanyer nk bgtau yg i masak ari nih...kecoh le minah ni kan.... !!! tp masak dh mlm sket...sbb lauk siang dh abis...mana x abisnyer...takat ayam goreng je....abes kena ratah....igt mls nk masak, tp kang en. Azhar blik nk mkn ape lak kang....hurmmm, kena le gak kelentang-kelentung kt dapo tu...tp ari ni simple...15min je dh siap...

jom layan menu i mlm nih.....2 ari dok mkn ayam....dah tu je yg ada....:)

Bahan2nyer...

Ayam (digoreng dulu)
6 biji bawang merah kecil - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit halia - tumbuk
Sedikit kunyit basah - tumbuk
4 sd ketumbar - blend bsama cili
1 sd jintan manis - blend bsama cili
cili (ikutle suka bnyk mana)
Asam keping
daun limau



Cara2nyer....
  1. Ayam goreng dulu...
  2. Tumiskan bahan yg ditumbuk dulu...guna minyak goreng ayam tu je...disamping jimat, gasenyer lg umphhh...
  3. Masukkan cili + ketumbar + jintan manis yg telah diblend bsama tadi...Goreng shingga pecah minyak
  4. Pastu masukkan ayam, daun limau, asam keping, sedikit air agar smbal xterlalu pekat...

Wednesday, May 18, 2011

MENU HARI INI - AYAM MASAK KARI


Assalamualaikum semua...gud morning uols....

Ari yang ceria setelah sehari bercuti...i xde le istilah cuti ni, sbb ari2 sama je....mmg daily rutin xpenah berubah....

Tp ari ni mgk sibuk sikit arr....
Pagi - relek le gak...
Tghari - kul 1:45pm gerak amik Nafie n Hanna yg blik kul 2:oopm....pastu direct amik aqim - pon blik kul 2:oopm...mgu ni mgu peperiksaan...so, sumer serentak blik kul 2:oopm...senang skit keje...klu x kena 2-3 kali trip...driver le katakan....

Pastu terus anto dak atuk vs my apak g tmpat peberet dia (hahahaha...sian dia, dh naik nyampah dgr PHYJ)...apalagi klu bukan Pusat Haemodialysis Yakin Jaya, Peringgit. Blik dr anto dia, terus p Klinik Desa lak utk check si kenit....8mth already....

mmg  bizi arrr..bizi atas jalan....so, ari ni kena le masak awal....1st, my apak nk kena kasi mkn dulu sblm dialysis, pastu kang anak2 plak blik skola gerenti lapau giler sbb tpaksa meronda pusing Melaka sblm sempat sampai umah....

jdnyer...kul 11:ooam dah sinsing lengan bju nk masak...huh..semangat tuh...!!!
Abis masak dlm 11:45am...ni kira tahap ala2 pro le...klu yg xbrape nk pro tu...15min dh siap...hehehehe
ahh...dh siap masak...AYAM MASAK KARI menu utama.....

cam biasa, memandangkan masa bnyk lg smentara nk tgu kul 1:30pm, so baik le layan FB dulu....tertarik plak ngan wall status dr kwn i - ELSZA SAFIA...layannn....

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar
Lu kena respek sama gua
...Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua
Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu
Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman.......HUH !!!!!

ntah apa maksud dia ntah....tp nmpk ganas n brutal le....

K lah....i nk upload sket menu i ari ni...kita share sama2 ekkk....tp terus-terangle, i bkn kaki masak...cuma semangat masak tu sekali2 je menjengah kt dlm diri ni....lebihnyer----> sdiri mau igt lahhhh....

AYAM MASAK KARI

Ni prosedur2nya :-

bawang putih, kunyit basah, bawang merah, halba, biji ketumbar, jintan manis dan halia ditumbuk (xmo blender2 ni)

bahan2 lain antaranya : serai, daun limau, santan (ni santan proses tau, bkn santan segera) dan kentang

cili yg telah diblend, serbuk kari ayam dan kerisik yg belum digaul....











ni cili yang telah digaul sebati ngan serbuk kari dan kerisik tadi....


of course ayam yg telah dibersihkan...klu xde dia ni, kang resepi xde le plak nama KARI AYAM ye tak????

ni bkn apa, cuma nk bgitau langkah seterusnya...nk mula masak kiranyer nihh......tu kira warm-up dapo dulu...suhu dapo biau 1800 je....kang hangit plak i punye tumisan....heheheh

dapo pon dh warm up...start le menumis...mula2 tumis bahan2 yg telah ditumbuk tu td, pastu masuk cili yg telah siap digaul rata....tumis sama ngan daun limau...bru le bau dia smpi kat umah cina sblh tuhhh...biau dia tahu i tgh masak.....heheheh....riak pulak....!!

bila dh naik minyak, masukkan ayam plak...n gaul sebati......ayat mcm chef2 arrr.....







 




masukkan serai, kentang and last skali bru masukkan santan. biarle dia mendidih....bru le dihidang panas2 utk family tersayang....:P

Notes : jgn lupa serbuk perisa n garam...klu x, mmg kena pancung nti...sebab xde garam xde makna...tp jgn terlebeyyy le plak...darah tinggi beb.....
okiess...selamat memasak to pren2 yg bgelar surirumah....yg suri xberumah tu plak, p le pakat2 tapau or lunch kt luaq...sama jewwww....babai....


Tuesday, May 17, 2011

PERANG DINGIN GARA2 MEE GORENG

Ari paling membosankan...lgsg xde aktiviti yg best2 pon....en. Azhar keje...nk p merayau umah mak cm malas plak...lgpon sumer dok tido....4 princess dh tergolek ni hah...yg 2 org boy tu plak dh pegi 'ukur' padang...nk tgk brape keluasan padang tu kottt...dh xsekolah, mmg xkan ada le derang nk melanguk kt umah nih...yg i ni plak, nk tido xbley...nk tgk tv boring gasenyer...FB pon cam sunyi sepi...sumer geng2 pakat mengayau kot...dpt cuti sekali-sekala kannnn.....

So, smbil bukak PC, smbil tgk magazine...tp ntah keluaran bila agaknyer....front page pon dh ilang...nk tgk date pon dah xnmpk....belek2 je le rangka yg tinggal ni...terbaca satu cerpen pendek....dh penah baca pon sblm nih....hahahaha, tp syok juga klu i selit2kan kt blog...just nk meriahkan wall je....

So...jom geng, kita layan jap cerita nih....

Selepas berkahwin, aku dan suami terus berpindah ke rumah baru. Kawasan pangsapuri yang kami diami itu tidak ramai penduduk lagi memandangkan ramai yang masih belum berpindah. Banyak rumah yang masih kosong tak berpenghuni. Aku yang sememangnya penakut sejak azali merasa amat runsing jika berada di rumah seharian.

Suatu petang ketika aku pulang kerja, suamiku sudah sampai di rumah lebih awal dari aku. aku bersyukur sangat. Kelentang kelentung bunyi kuali, suamiku memasak di dapur. Pelik gak sbb selama ni suamiku cukup malas utk ke dapur. Tp, aku biarkan saja dan terus masuk ke bilik untuk mandi.

Selesai mandi, aku keluar semula ke ruang tamu. Makanan sudah terhidang di atas meja. Wah! mee goreng yang kelihatan cukup menyelerakan. Kebetulan perut pun sudah lapar. Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Suamiku masuk dengan lengkap berpakaian pejabat serta briefcase di tangan. Aku menjadi hairan. Siapa yang memasak di dapur tadi??

" Wah ! nampak macam sedap je mee goreng tu?" tegur suamiku

" Bukan abang ke yang masak tadi?" tanya ku pula.

"Abangkan baru balik kerja, bila masa pulak abang masak?" katanya pula.

Aku tergamam yang amat sangat. Bulu roma sudah berdiri. Puas aku menegah suamiku dari menjamah mee goreng itu, tetapi suamiku tetap memakannya. Ceritaku tidak diendahkan kerana dia menyangka aku sengaja mahu mempermainkannya. Aku amat takut jika mee goreng itu bertukar menjadi cacing seperti yang sering aku tonton di TV. 2 hari aku demam dan akhirnya suamiku mengaku dialah sebenarnya yang telah mengenakan aku. Memang dia yang masak mee goreng itu tetapi berpura2 tidak tahu. Seminggu aku perang dingin dengannya kerana sakit hati....










hahahahah....mcm2 kan org nk bergurau...ni namanyer GURAU PENGANTIN BARU...tp terlebeyyyyy le sudah.....maunyerrr tido luaq sminggu...:P

JANGAN TAKUT PADA PERUBAHAN

Cubalah untuk berubah, walau hanya satu langkah dari kehidupan yang biasa-biasa untuk jadi luar biasa agar kelak kita menjadi insan biasa yang berideologi luar biasa demi sebuah kehidupan yang memang luar biasa. Usah takut pada perubahan kerana jika hari ini kita tidak cuba untuk berubah, mana mungkin kita tahu bahawa perubahan itu antara platform kita penuhi impian...

Sebuah pengorbanan yang maha dahsyat diperlukan apabila kita berusaha mengubah diri, persekitaran dan utamanya paradigma pemikiran kita dalam menyelusuri arus perdana....

Kata-kata dipetik dr JUTAWAN Bil : 18

PENANGAN TELUR REBUS....

Time : 11.00PM
Bru blik dr umah MIL...sebelum tu p jumpa kwn jap utk serahkan Kit productnyer....bukak Pc td konon2nyer nk check summon JPJ...opps not me arrrr...my nephew punyer kes....tp xbley le plak...ke xgeti kan....tp mmg xdpt nk search arrr...dh check kt MYeg.my pon cam xpaham format dia...so baik le i belek2 FB...dok schroll atas bwh atas bwh...tp xde yg menarik...bukak le "my notes"..nmpk plak note hampeh nih....terpikir le nk kongsi plak kt my blog nih....

Moral of this story : Jangan makan telur.....

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum...dan salam pagi yg amat ceria buat semua teman2....

sekadar nk memenuhkan masa yg mcm nk terbuang...hehehehe...6:45am dh kuar anto anak p skola...pastu blik umah mak jap amik my apak...cm biasa tghari kang keje i utk antar dia ke Pusat Dialysis....smpi umah semula dlm kol 8am gitu...kemas apa2 yg ptut..mndikan 3princess ni dulu....hrmmmm baru belek jap my blog nih....smentara tgu masa nk masak kan....

psssttt :- ari ni kena masak..kang xmkn plak apak i nih....

urmmmm...dh 16 Mei kan....bmakna 2011 dh hmpir 1/2 tahun blalu....cpat nau masa blalu....pejam, celik, pejam,celik....smpi ujung tahun je nti.....

16 Mei ???? semua dh set dlm kepala kan...Hari Guru yg sememangnyer disambut oleh semua warga Malaysia khas untuk memperingati Hari Guru yang sememangnyer banyak berjasa kpd anak bangsa....

HAPPY TEACHER DAY


Ni nak citer psl anak2 i le plak ...memandangkan ari ni ari guru, sibukle derang dr mgu lepas lg nk cari hadiah buat guru2 derang.....

Yg tua Haqim - mmg cool n steady...xde response lgsg...xmo p skola lg ada....sbb katanyer "x belajar, buat pe p skola"...huh dia ni bab nk monteng mmg no. 1

Yg 2nd one is Nafie - ada le gak igt kt cikgu dia...tp dia select 2 org guru je utk diberi hadiah...lain2 xyah, katanye....

Yg paling xcited si Hana - dh kira brape org yg nk bagi...klu boleh satu skolah dia nk bagi...ada gak merengek suoh belikan hadiah cikgu, tp xberapa layan sbb rasanyer cam lmbt lg...(dia mintak mgu lepas lg), so, sudahnyer dh smpi ari ni, still xprepared hadiah utk cikgunyer....

Apalagi, dia punyer pndi sudah dtg...abis i punyer souvenier org kawin digeledahnyer....



i mmg suka simpan apa2 souvenier dr umah kawin nih...cntik2..tmbah2 skang ni souvenier dh bmacam2....

wah kemain sedap dia menyelongkar lemari i yg sememangnyer dh bselerak tuh...smbil bsila pepagi ngan abgnyer, dia dok select apa yg nk dijadikan hadiah n dok kira brape yg perlu dibawa utk cikgu2 nyer....nak marah pon xbley...tpaksa le dok sama memilih hadiah yg terbaik utk cikgu2nye....

Sudahnyer, smbil tersenyum sbb dh ada hadiah dlm beg, bru le dgn muka yg manis bgerak ke sekolah hari ni...klu x ada je hal time nk p skola....

Sempena sambutan Hari Guru hari ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut HARI GURU buat semua guru2 di :-

1st dari saya (sbg ibu yg dh bsekolah dolu2) :
  1. Guru2 di SEK KEB TELOK MAS, MELAKA (sessi 1981 ~ 1986)
  2. Guru2 di SEK MEN DANG ANUM, MERLIMAU, MELAKA (sessi 1987 ~ 1991)
Dr anak2 saya plak :
  1. Guru2 di TADIKA JAIM PERINGGIT, MELAKA
  2. Guru2 di SEK KEB PERINGGIT, MELAKA
  3. Guru2 di SEK REN ARAB JAIM, PERNU, MELAKA
  4. Guru2 di SEK REN ARAB JAIM KG TUN RAZAK, BUKIT KATIL, MELAKA
Jasa kalian ttp dikenang...smoga kalian semua dibawah lindunganNya...amin

Sunday, May 15, 2011

CERITA MLM MINGGU

urmmmm....mmg kompom i nih dh taksub berblog...uihh...mnjeling laki i tu....

apa boleh buat, dh giler ke situ...

mlm ni nk update sket je....

8:30pm - Kuar p Axis Eyewear...xmo pegi, tp tpaksa gak pegi...dh 3 ari spec i tu patah dek penangan si nurizz...sasau arr xde spec ni..nk pki contact lens boleh, tp cam bagus2 le plak dok umah bercontact lens sakan...toksah kata org lain, i pon cam meluat je dgr....

so, dipendekkan ceritera smpi le i kt sana...dkt je...xsmpi 15min dr umah i...memula pilih bingkai...urmmm..hrga rm380...aduh...yg puluh2 xde ke??? lg le tgh jimat2 nih...tp bkenan le plak ngan bingkai tuh...nasib ada less 40%....kira jd le....pastu p check power mata plak....urmmm dh naik lg....aduhh....mkin teruk tahap kerabunan i nih...pastu pilih cermin @ kanta plak...nk jimat kos nyer pasal, amik je yg paling murah...kata en. zahar pon, 'tgu le ada duit nti, bley tukar kanta plak, wat masa ni pki le dulu yg murah tp baru"....tp murah2 pon kena rm280....aduhhhh.....

bingkai + kanta = rm508....alahai bnyk tuhh....beli susu pamper anak i pon bnyk lg lebih....uisyyyy...

En. zahar mcm biasa arrr, mula le strategi tawar menawar....mcm2 le dia usha bdk Axis tu....

akhirnyer dpt gak rm430....ok le dr rm508 tu....bnykle gak kurangnyer kan....



uih....duitkan...dlm kata nk simpan...tup2 abis gitu je....tp xbuat plak kang, cmner nk buat keje, nk bwk kete pon dh xbley...pling penting nk bukak fb, nk updated blog lg....ehh..mmg kena abiskan jugak duit tu...kekekekeke....

tamatlah kisah ujung mgu i....esok bmula lg mgu baru....

n xlupa SELAMAT HARI GURU - esok 16 May 2011....jasamu dikenang....

18 MAY 2011 - 8:30PM

p/s : nk sambung kisah spec i nih....mlm td dh p amik...lega ati sbb dh dpt melihat dunia ni semula...many thx to my lalink sbb bagi can mini dia mengabiskan duit dia yg xbrape nk bnyk tuhhh...tadaaaaa

ni le spec baru i...bingkai from HAMMER brand and lens from TECHNO LENS brand (A161UVETC -675 -000) 1.61 EMI ETC,

Ciri-ciri :-
  • Single vision plastics lens
  • Easy to clean
  • ETC Coating
  • Scratch resistant
  • Water repelling

WANITA....

Allah berfirman:brmksud
"Ketika Aku menciptakanseorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

" Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

PAGI MINGGU YG CERIA

Pagi





Bangun awal le gak around 7:30am....tu pon sbb Hana & Nafie ada kelas kt skolah....Nafie ngan kelas kompangnyer....Hana lak ngan latihan berceritanyerr....





Dok kejut ayahnyer yg nyenyak sakan tidoq....nk suoh p antaq anak2 dia p skola...urmmm...mmg liat yg amat....tp bangunle gak...terpakso...nk buek cmno....sharp kul 8:10am...derang gerak p skola...ayahnyer smpat le bwk derang p mkn kt warung jap...sbb lom sarapan lg...kasi pekena nasi lemak n teh tarik....kang lapaq plak derang kan...8:30am, derang dh diparkingkan kt skolah nun...kul 11:30am bru p amik blik....:P





Den kek umah ni dok mikir nk mkn pe...uihhh, nasib ayahnyer tapau nasi lemak..kl x, mmg cekodok je le yg paling mudah....sambil2 tu Nissa plak dh bangun...uihh dah b****le plak...kena le bersihkan dulu...kang asik merengek jew....so...jerang air kasi panas, sbb nk mndikan dia dulu....senang sket klu si kenit ni dh mandi dulu...ahhhh...dh siap mandi anak ibu ni.....





Pastu bru le sorang demi sorang bangun...nurizz...pastu hani and last skali haqim...urmmm hari minggu....mmg xde kepentingan pon....





Tengahari
Igt nk p umah nenek (MIL) jap...bley canang2 kt derang psl Penapis Air Cosway...murah tu...den bley dpt 50% dr hrga asal....tp kensel le plak sbb nenek p umah org kawin le plak...so, den roger2 le derang thru msg je...hehehehe...good response arr dr derang....insyallah dpt jual 1-2 unit pon dh ok...lgpon menda murah kan...bayik canang kt family dulu...mklumle "fAMILY FIRST"...



bila dah xjadi nk p umah nenek, tpaksa le masak ari nih...klu x, ada excuse x masak kan....!!! den masak simple je ari ni...sambal sotong....abis je masak mak n pak plak dtg....so, langkah kanan le derang...cuma sian sket kt my apak sbb dia bkn bley mkn sgt dah seafood2 nih...mklumle penyakit 3serangkai dh menyerang....so cecap2 je mak den kata....jamah kt org2 tua...





dh siap sumer....bru le den bukak fb n updated my blog ni....hurmmm...best gak updated blog ni kan....tp just untuk daily diary den se'family' je...kata org pon suka2....

Saturday, May 14, 2011

AKU & COSWAY

assalamualaikum wbt...


Hahahaha....org nk ber'blog', den pon nk ber'blog'....apa nk citer ekkkk...


tp den dh create pon tajuk kt atas nun...so den kena lerrr citer pasal cosway nih...


dolu2 den nih mmg pantang arrr tgk catalogue cosway nih...masa tu my reference is sis Jamilah...dia ni dealer cosway....setiapkali nmpk dia, mesti le den tnyer "kak, ada bwk katalog x?"


Pendekata, mmg nmpk muka sis Jamilah ni mesti t'bayang cosway...


klu order tu mesti cari barang2 peribadi, household, chocolate etc lah....mmg sedap betul meng'oder' ni...abis duit den dek penangan cosway nih...tp tu lah, klu den p hypermart pon sama gak...sbb tu sumer mmg daily used (kegunaan hari2)...


Lama le gak den berstatus pembeli tegar ni...around 10yrs gitu...sonang ckp..spanjang den koje, mmg den asik dok mbeli je....


Tp tu dulu, skang nih sejak jd surirumah nih, mmg bnyk nau masa yg terluang...so, den tukar le plak aktiviti dr pekerja bergaji kpd pekerja yg xde gaji....hari2 belek fb...uihhh...buang masa n buang duit sungguh...so satu ari tuh dlm belek2 fb ni, tjumpa le satu flyers ttg cosway ni iaitu "Peluang perniagaan francais bsama eCOSWAY"...uihhh...dari situ le den dok kaji, kaji, n kaji n terpikir le nk cuba nasib jd 'ahli' cosway plak....lgpon dh biasa sgt dengan barang cosway, so mmg xperlu le lagi didedahkan ngan cosway ni...lgpon mmg minat, so pe salahnye cuba join member plak....


Jd den pon contact2le individu terbabit dan dr situ le den mula berjinak2 dengan cosway...den sempatle attend satu course yg dianjurkan oleh cosway di Shah Alam pd 26 Mar 2011...hah, bila dah dgr plan business oleh cosway ni, lagi le meluap2 den nk serious dlm cosway nih...mmg best klu kita bersungguh2...lgpon mana ada keje yg xperlu usaha...minat dah ada, jalan pon dah nampak...tu yg mmg nk galakkan sgt kengkwn joined cosway nih...tp ckp betulle, dengan cosway mmg lambat sket nk jd kaya...tp at least ke arah tu mmg ada, cuma perlu usaha gigih....


bak kata Dato' Dr Fazilah Kamsah - kEuNtUnGaN JaNgKa PeNdEk ItU MeNyAkItKaN : KeUnTungaN JaNgKa PAnJAnG AmAt MeNgUnTuNgKaN....
 


so, nak seribu daya, xnak seribu dalih...