Sunday, July 31, 2011

SEHARI MENJELANG RAMADHAN - 1432H/2011M

Assalamualaikum wbt...

...cuma beberapa detik sahaja bermulalah 01 ramadhan 1432H...bmakna bermulalah ibadah puasa bagi semua umat Islam di dunia ini...


Salam ramadhan buat semua dari kami sekeluarga...

Niat puasa ramadhan :
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’ala....
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan ramadhan fardhu atasku kerana Allah taala...
Semua sibuk...selain memikirkan ttg puasa, sedikit-sebanyak terpikir jugak ttg persiapan menyambut ramadhan...
  • kaum ibu - sibuk memikirkan menu2 sahur dan bbuka untuk suami dan anak2...ye lah kan, xkan nk cincai je...anak2 paling penting..xmo derang merungut...nak tanamkan nilai rohani dan jasmani kt derang ni bkn mudah, lebih2 lagi bab puasa ni...so, kena pastikan semua bpuashati dr semua segi biar derang merasa happy utk berpuasa...
  • kaum bapa - cam xtau plak apa yg derang rasa...cuma happy tengok berdedai2 derang kuar utk mengerjakan terawih...suasana setahun skali selain sembahyang jumaat le...
  • anak2 lak - urmmm..derang ni manjang je happy...dh nama pon bebudak...
hari ni - 31 Jul 2011

punye le semangat nk nyambut pose, pakatle ngan mak nk p beli lauk utk stock pose ni...nk tau kitaorg p beli lauk ktner???

huh...PARIT JAWA nun....

mcm kt Melaka ni xde lauk...tp gerek sih jln2 ari ni..bermacam gelagat manusia di petang menjelang ramadhan ni...ada yg tgh sibuk mengecat umah..kt town2 penuh org membeli belah..utk keperluan puasa dan ada gak yg sedang mbeli keperluan raya...mmg sibuk arrr...kt medan2 selera plak jgn ckple...sikit punyer penuh dahhhh...seolah2 esok dan selamanya xpat mkn lagi...mkn utk kali terakhir...kikiki...

apapun, semua org mmg girang dan berbangga dengan kedatangan ramadhan saban tahun...apatah lagi syawal yg mulia...

Semoga ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua dan semoga semua amalan kita diterima olehNya...amin

SELAMAT BERPUASA SEMUA....

Wednesday, July 27, 2011

KELETAH SEORANG ANAK...

Sketsa 1

anak : ibu, belikanle hani mainan masak2 tuh...
ibu :  alahhh...tgu le dulu...ayah lom gaji lg ni...
anak : gaji tu apa??
ibu : gaji tu duitle...ibu xde duit, ayah pon xde duit...tgu le ayah dpt duit nti...
anak : ibu pegi le amik kt BANK...kt sana kan bnyk duit....
ibu : ????? (dlm ati 'suka ati mak dia je'...)


nurzahraa' hanie (cahaya yg cntik berseri; yg tenang, yg mudah) - 4yrs....

Sketsa 2

Dihadapan Manipal College...

ibu : hani nti blajar pndi2 tau..nurizz, nisa, kakak...semua bljr pndai2..ibu nk suoh bljr kt sini (Manipal College)
anak : nk bljr apa kt sini? hani nk skolah kt kakak....
ibu : ye le...mula2 skolah kt kakak, pastu sambung kt sini lak...

seketika kemudian...

ibu : tau x yg td tu skola apa?
anak : ntahlahhh...xtaulahhhh....
ibu : tu skolah utk org yg nk jd doktor...hani xmo jd doktor???
anak : xmo lah...hani takut...hani nk jadi cikgu lahhhh...
ibu : oklah...semua jd cikgu ekkk....hani, kakak, nurizz, nisa...semua lah...jd cikgu je...
anak : (dgn muka blurnyerr) eh...semua nk jd cikgu, sapa nk jd murid????
ibu : kakakakakaka...adoyaiiii...betul gak ekkk...

klu layan dia ni, mmg x abis...mulut mmg tgh nk bcakap je....

apapn tu le anak...dialah madu; dialah racun....

sekian...utk ari ni a.k.a mlm ni...gud nite uolss...!!

Tuesday, July 26, 2011

AKU & COSWAY - my target...

11:11pm...dh mlm ni...tp xngantuk lak...anak2 n en somi dh lama smpi ke negeri kayangan...

dh smgu x updated blog ni...bnyk kisah, cuma x terlayan utk dilakarkan kat blog ni..

nk citer about my target dlm cosway biz nih...

bln lepas keuntungan cuma 2%...
mmg jauh betul sasaran ni...
bln ni nk cuba capai n naikkan skit % tu...

Ecosway adalah Suatu Konsep Revolusinari Dalam Pemilikan Perniagaan Global

Tiada kebebasan sehebat menjadi bos sendiri, miliki segala yang anda ingini dan masa untuk menikmatinya

alhamdullillah stkt 27 july ni, dh smpi ke 6%..

so, for Mazharsayang...do the best...

insyallah hari ini lebih baik dr smlm...

terima kasih yg x terhingga buat semua yg support mazharsayang ye....

Sunday, July 17, 2011

MENJELANG RAMADHAN...

17 July dah....sedar x sedar lg 2 mgu je mnjelang ramadhan...cptnyer masa blalu kan...

2010 - masa ni i tgh sarat barat ngan perot yg mem'buyot'..due bln pose...persiapan nyambut ramadhan mmg xde...cuma sambut je pose tu sbb dh kewajipan sbg umatNya...

org pose; kita pose..
org berbuka; kita berbuka...
org p shopping kt bazar2 ramadhan yg melambak tu; kita p bwk perot n anak2 'shopping' kt umah mak....kikiki...bwkle bekal sket...beli kuih-muih ke...murtabak barang sekeping dua...tutup mulut org kata..
idakle dtg ngan tgn kosong kan...

tp weekend je le...ari2 weekday, layan gak dapo tu tp xle meriah mana pon...jnji anak2 dpt berbuka dgn mknan panas2, minum ngan air yg dibancuh sdiri tgn ibu dia nih..jadikle...tp setiaphari mmg mengundang resepi yg blainan le..ttp tetap bertemakan 'simple'...

taun ni memandangkan dah 'ringan' blik, so mmg semangat nk nyambut pose ni...buku resepi dh asik dok belek je ni hah...klu boleh mmg nk masak best2 utk anak2 n en somi...azam bru lg tuh!!!

tp syg, terawih still xdpt lg taun ni...xpe le...1-2 thn lg sure dpt kot...gasenyer sejak kawin ni mmg xpenah dpt terawih...rugi tul masa blalu gitu je...insyallah, selari ngan pertambahan umur, mmg kena cuba gak usaha utk attend terawih nih...

PERSIAPAN GAYE...huh ni lg sedap nk borak...tp maintain...tiap2 taun ttp sama...xde beza pon...cat guna 2thn lepas punye je...langsir?? huh, xkuasa nk layan...lucut yg ada ni, basuh n gantung blik..bnyk menda lain yg nk buat...kuih-muih plak...ada le gak sejenis dua...syarat je tu....

semalam kt kg buat KENDURI NISFU SYAABAN...16 July 2011 bsamaan 14 syaaban 1432H..

Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

memandangkan skang ni tgh musim durian...(deghoyan kata org perak)...maka menu mlm td bnykle yg berunsurkan durian...ada pulut durian, bubur kacang durian dan segala yg bkaitan ngan durian arrr...

sebut psl durian ni..huh, 2 ari i tumbang dok penangan durian...mmg xmenahan le badan nih...tp bila kebah je, bsila dok mengadap durian lagi..dan lagi..dan lagi...best wooo....yg beli lain, yg amik kt dusun lain, yg org sedekah lain...pendekata tergolek2 durian kt dapur mak i tuh...mana bley tahan kan???

so taun ni kita berpose bsamaan ngan musim buah2an...huh..mudah2an Allah kuatkan semangat anak2ku untuk menempuh bulan yg mulia dan pernuh berkat ini...amin....

Friday, July 15, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN - SIRI 5

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...

Gambar adalah hiasan semata-mata

1) Apakah HAK ANDA sebagai seorang isteri?
Seseorang isteri itu adalah berhak kepada :
  • Nafkah zahir dan batin
  • Kasih sayang dari suami
  • Hak untuk mendapatkan keadilan
2) Apakah yang dimaksudkan dengan NAFKAH?
Nafkah zahir ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri seperti :
  • Makan dan minum
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Perubatan; dan
  • Pembantu rumah sekiranya perlu
Nafkah Batin ialah keperluan seksual yang perlu dipenuhi oleh pasangan suami isteri yang sah.

3) Bilakah nafkah boleh dituntut?
Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung

4) Berapakah KADAR nafkah?
Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada keperluan, kemampuan dan kedudukan kewangan suami.

5) Bilakah hak nafkah seorang isteri itu GUGUR?
Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur apabila Mahkamah Syariah mengisytiharkannya nusyuz.

6) Apakah yang dimaksudkan dengan NUSYUZ?
Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri dari suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.

7) Adakah seseorang isteri itu berhak untuk MENERIMA SEMULA NAFKAH apabila dia tidak lagi nusyuz?
Ya. Seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja dia bertaubat dan tidak lagi nusyuz setelah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

8) Bilakah tempoh PENERIMAAN nafkah akan tamat?
Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila :
  • Kematian suami atau isteri; dan
  • Isteri diisytiharkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah.
9) Apakah yang dimaksudkan sebagai NAFKAH TERTUNGGAK?
Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.

10) Bolehkah isteri MENUNTUT tunggakan nafkah?
Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah di Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam.

11) Apakah yang dimaksudkan dengan POLIGAMI?
Poligami ialah perkahwinan seorang lelaki dengan lebih dari seorang perempuan dan tidak melebihi 4 orang dalam sesuatu masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum Syara'.

12) Apakah hak-hak isteri yang berpoligami?
Isteri-isteri yang dipoligami adalah berhak untuk mendapat layanan yang adil daripada suami mereka mengikut Hukum Syara' serta ketetapan Undang-Undang Islam negeri masing-masing.

13) Adakah hak ISTERI PERTAMA sama dengan hak isteri-isteri yang lain?
Ya, hak isteri pertama adalah sama dengan hak isteri-isteri yang lain.

14) Apakah yang BOLEH DILAKUKAN oleh isteri sekiranya suami berlaku tidak adil?
Sekiranya suami berlaku tidak adil, isteri boleh membuat pengaduan kepada Mahkamah Syariah dibawah Seksyen 128, Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

15) Apakah hak isteri apabila mengetahui suaminya telah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah?
Seorang isteri boleh membuat pengaduan kepada Mahkamah Syariah dibawah Seksyen 123, Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

16) Apakah hak isteri yang telah ditinggalkan langsung oleh suami?
Seorang isteri yang telah ditinggalkan langsung oleh suami boleh membuat pengaduan kepada Mahkamah Syariah dibawah Seksyen 120, Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Wednesday, July 13, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN - SIRI 4

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...

Gambar adalah hiasan semata-mata

1) Apakah yang perlu DIKETAHUI oleh wanita sebelum perkahwinan itu boleh dilangsungkan?
Sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan, bakal pengantin hendaklah memastikan :
  • Tiada halangan untuk berkahwin
  • Kesediaan kedua belah pihak untuk berkahwin
  • Kedua-dua bakal pengantin telah menghadiri kursus Pra-perkahwinan; dan
  • Ujian kesihatan mengikut ketetapan negeri.
2) Apakah yang DIMAKSUDKAN dengan tiada halangan untuk berkahwin?
Tiada halangan untuk berkahwin ialah:
  • Tidak ujud hubungan muhrim diantara lelaki dan perempuan
  • Kesihatan yang baik dan tidak mendatangkan mudarat
  • Mendapat kebenaran untuk berkahwin diluar kariah sekiranya perkahwinan itu bakal berlangsung diluar kariah pengantin perempuan
  • Bakal pengantin lelaki telah mendapat kebenaran dari Mahkamah sekiranya perkahwinan itu merupakan perkahwinan poligami
  • Kemampuan kewangan; dan
  • Berumur 18 tahun ke atas bagi lelaki dan 16 tahun ke atas bagi perempuan.
3) Apakah KURSUS PRA-perkahwinan?
Kursus Pra-perkahwinan ialah kursus persediaan perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam seluruh negeri atau pihak swasta yang mendapat kebenaran dan pengiktirafan daripada kerajaan.

4) Siapakah yang DILARANG untuk seseorang wanita itu berkahwin?
Seseorang wanita dilarang berkahwin dengan lelaki yang mempunyai hubungan dengan muhrim (diharamkan berkahwin selama-lamanya)
  • bapa kandung
  • datuk
  • saudara lelaki seibu sebapa
  • saudara lelaki seibu
  • anak saudar lelaki
  • bapa saudara
  • saudara lelaki susuan; dan
  • orang bukan Islam
Hadith Rasullullah SAW :

" dari Aishah dari Rasullullah SAW bersabda : yang haram oleh kerana sesusuan sebagaimana haram oleh sebab keturunan".

(Sahih muslim, Kitab An-Nikah)

5) Berapakah HAD UMUR minima untuk berkahwin?
Dibawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], had umur minima untuk berkahwin ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

6) Sekiranya seorang perempuan itu BERUMUR di bawah 16 tahun, bolehkan dia melangsungkan perkahwinan?
Boleh, seorang perempuan yang berumur dibawah 16 tahun boleh melangsungkan perkahwinan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

7) Mengapakah had umur minima untuk berkahwin itu ditetapkan?
Walaupun hukum Syara' tidak menetapkan sebarang umur minima untuk berkahwin dan sesebuah perkahwinan itu boleh dilangsungkan apabila pihak-pihak kepada perkahwinan telah mencapai umur baligh, penetapan had umur minima dilakukan demi keperluan dunia moden masa kini, memandangkan ikatan perkahwinan itu memberi kesan kepada hak dan tanggungjawab seseorang itu.

8) Bolehkan pernikahan DIJALANKAN ditempat selain dari tempat tinggal kariah pihak perempuan?
Boleh, dengan syarat kebenaran telah diberikan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak perempuan.

9) Bagaimanakah PROSES PERMOHONAN perkahwinan dilakukan?
Proses permohonan perkahwinan dilakukan seperti berikut:
  • Pihak lelaki dan perempuan mengemukakan permohonan melalui borang permohonan kepada Pendaftar bagi kariah tempat tinggal pihak perempuan;
  • Jika pihak lelaki bermastautin diluar kariah pihak perempuan, permohonan hendaklah disertakan dengan kenyataan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak lelaki;
  • Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan;
  • Penolong Pendaftar akan menyatukan borang-borang itu;
  • Borang-borang itu akan diserahkan kepada pendaftar;
  • Pendaftar akan mengeluarkan surat kebenaran;
  • Penolong Pendaftar akan menjalankan akad nikah; dan
  • Sijil nikah akan dikeluarkan oleh Pendaftar.
10) Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin?
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin ialah:
  • Bukti permastautin
  • Pengesahan status bujang oleh majikan atau penghulu
  • Kad pengenalan atau passport
  • Sijil Kursus Pra-perkahwinan; dan
  • Surat kebenaran wali (jika berkaitan).
11) Mengapakah sesuatu perkahwinan itu perlu didaftarkan?
Sesuatu perkahwinan itu perlu didaftarkan untuk memastikan hak-hak pihak dalam perkahwinan terjamin.

Perhatian : Ini hanya sebagai panduan sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

Tuesday, July 12, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - MAS KAHWIN - SIRI 3

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...

1) Apakah yang dimaksudkan dengan MAS KAHWIN?
Mas Kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang atau sesuatu yang dapat dinilai dengan wang

Firman Allah SWT..
" dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan sukahatinya memberikan kepada kamu sebahagian mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya "

Surah An-Nisa' : Ayat 4

2) Adakah wanita BERHAK meletakkan jumlah mas kahwin?
Ya. Wanita berhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin mengikut kemampuan bakal suami berdasarkan jumlah asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan setiap negeri.

3) Bilakah mas kahwin perlu dibayar?
Mas kahwin biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang saksi  .

4) Sekiranya pihak pengantin lelaki tidak mampu membayar mas kahwin, bolehkah ianya dibayar secara berhutang?
Boleh, mas kahwin boleh dibayar secara berhutang.

5) Apakah perbezaan di antara mas kahwin, wang hantaran dan pemberian?
  • Mas Kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan samada berupa wang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan cagaran atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang dapat dinilai mengikut hukum syara'.
  • Wang Hantaran ialah pembayaran belanja kahwin yang tidak diwajibkan dibayar dibawah hukum syara' oleh suami kepada isteri atau pihak isteri tetapi lebih kepada amalan masyarakat setempat.
  • Pemberian ialah hadiah samada berupa wang atau barang-barang yang diberikan oleh seseorang suami kepada isteri pada masa perkahwinan.
6) Siapakah yang berhak ke atas mas kahwin?
Isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya dan mas kahwin itu adalah hak mutlak isteri dan suami tidak berhak ke atasnya melainkan isteri dengan rela hati memberikan kepada suaminya.

7) Sekiranya suami GAGAL membayar hutang mas kahwin kepada isterinya dan telah menjatuhkan talak ke atas isterinya, bolehkan isteri menuntut mas kahwin tersebut?
Boleh. isteri boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut mas kahwin melalui Mahkamah Syariah.

8) Adakah terdapat had masa untuk isteri menuntut mas kahwin yang tertunggak itu?
Tidak, tunggakan mas kahwin yang masih belum dibayar tidak akan terhapus oleh had masa dan ianya boleh dituntut selagi mana ianya belum dilunaskan.

Jadual mas kahwin asas bagi negeri-negeri di Malaysia
Gadis / Janda
  • Wilayah Persekutuan - RM80 / RM40
  • Selangor - RM80 / RM40
  • Johor - RM22.50 / RM22.50
  • Melaka - RM40 / RM40
  • Negeri Sembilan - RM200 / RM100
  • Pahang - RM22.50 / RM22.50
  • Sarawak - RM120 / RM120
  • Sabah - RM100 / RM100
  • Perak/Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis/Pulau Pinang - Tiada ketetapan
Perhatian : Ini hanya sebagai panduan sahaja. Anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

Monday, July 11, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSETUJUAN UNTUK BERKAHWIN - SIRI 2

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...
Gambar adalah hiasan semata-mata - copyright from Polini Fotografik

1) Adakah PERSETUJUAN pihak perempuan perlu sebelum perkahwinan itu boleh dilangsungkan?
Ya, persetujuan pihak perempuan adalah perlu sebelum perkahwinan boleh dilangsungkan. bagi anakdara persetujuannya adalah diberikan oleh walinya iaitu WALI MUJBIR.

2) Siapakah WALI MUJBIR?
WALI MUJBIR ialah bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.

3) Adakah seorang anakdara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh wali mujbir?
Seorang anakdara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh wali mujbir dengan syarat perkahwinan yang akan dijalankan itu adalah sekufu dan perkahwinan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan terhadap pengantin perempuan.

4) Bagaimanakah dengan persetujuan seorang Janda untuk berkahwin?
Seorang Janda tidak memerlukan persetujuan walinya untuk berkahwin.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan SEKUFU?
Sekufu ialah keadaan dimana bakal suami dan isteri adalah sama dari segi kedudukan keluarga kedua-dua belah pihak, kedudukan kewangan, taraf pendidikan, keturunan dan pekerjaan.

6) Selain wali mujbir, siapakah yang LAYAK menjadi wali?
Selain Wali Mujbir, orang yang layak menjadi wali ialah :
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
  • Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  • Bapa saudara bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
  • Bapa saudara datuk seibu sebapa
  • Bapa saudara datuk sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  • Wali Hakim
7) Apakah keadaan yang membolehkan seseorang anakdara boleh berkahwin tanpa menggunakan Wali Mujbir?
Apabila Wali Mujbir tiada sama sekali atau Wali Mujbir tinggal berjauhan lebih dari 60batu atau Wali Mujbir tidak diketahui dimana ia berada samada ia telah meninggal dunia atau masih hidup maka Wali Raja boleh digunakan atas kebenaran Mahkamah Syariah.

8) Siapakah WALI RAJA?
Wali Raja ialah wali yang ditauliahkan oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja Negeri yang berkenaan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali daripada nasab.

9) Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak layak menjadi wali disebabkan fasiq, siapakah yang yang layak menjadi wali?
Sekiranya bapa tidak layak menjadi wali disebabkan oleh keadaan dirinya yang fasiq, orang yang layak menjadi wali ialah datuk sebelah bapa dan ke atas mengikut urutan senarai wali

10) Apakah yang dimaksudkan dengan WALI FASIQ?
Wali Fasiq ialah wali yang tidak berpegang kepada ajaran Islam, tidak menunaikan kewajipan agama dan melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak dan sebagainya.

Perhatian : Ini sebagai panduan sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

Saturday, July 9, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERTUNANGAN - SIRI 1

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI..

1) Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan PERTUNANGAN?
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2) Bagaimanakah ikatan PERTUNANGAN ini dibuat?
Ikatan pertunangan ini biasanya dibuat mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3) Bolehkan ikatan PERTUNANGAN ini dibuat secara lisan atau bertulis?
Ikatan pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4) Apakah perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum bertunang?
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah :-
  • Pihak lelaki atau perempuan belum ditunangkan dengan orang lain
  • Tiada halangan dari kedua-dua belah pihak untuk berkahwin
  • Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan
  • Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu dan tidak melanggar batasan syarak.
5) Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti :
  • Tempoh pertunangan
  • Jumlah mas kahwin
  • Jumlah hantaran perkahwinan
  • Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan
  • Gantirugi yang boleh dituntut jika pertunangan dibatalkan
  • Tempat perkahwinan akan diadakan (jika perlu); dan
  • Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu dan tidak melanggar batasan syarak.
6) Apakah peruntukan UNDANG-UNDANG KHUSUS yang berkaitan dengan pertunangan?
Ya. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan hal berkaitan dengan pertunangan.

7) Apakah bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak yang diputuskan pertunangan?
Antara tuntutan yang boleh dibuat ialah :
  • Gantirugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir
  • Gantirugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan
  • Gantirugi hadiah pertunangan; dan
  • Lain-lain bentuk gantirugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan pertunangan.
Perhatian : Ini sebagai panduan sahaja. Anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

Thursday, July 7, 2011

AZAN & KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT

SHARING IS CARING

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud : 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba. Maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami...amin...amin...amin Yarobbala'lamin...”

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah...
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah'.
Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan KeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,

tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan zohor kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM. Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergegar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Wednesday, July 6, 2011

LAKSA JOHOR - ikhsan dr seorang sahabat...

SHARING is CARING

Assalamualaikum semua....

Petang yg tenang sih....xde keje nk buat...nk wat menu ptg cam malas...nk tgk tv lg boring...anak2 pakat tidoq...yg kluar memain pon mmg dkt2 nk maghrib bru nmpk btg idung...dh tmangu2 sensorang layan fb...hehehe...

tpandang sorang kwn tagged menu dia kt my wall...huisyy...dia ni mmg kaki masak...dulu masa dia dok sama kt melaka ni, mmg slalu le dok pulun ayaq tangan dia ni...mmg sodappp gitu...tp pas dia bhijrah ke perak...xpat le lg nk pulun memulun nih...tu yg dia cam 'dengki' je dok tayang menu dia kt wall kita...

K Zana cayang...jgn mare ye..gue nk keep ur menu in my blog arrr...klu ada lg yg best2, tag kt gue yer...gue mmg bkenan & suke bgt ngan ur menu...xpat gase pon xpe, jnji dpt 'tengok' kesedapannya itoooo....

Jom kita layan resepi kwn i nih...LAKSA JOHOR


Bahan utk kuah

Ikan kembung/ikan tenggiri -rebus bersama asam keping,
tos n sejukkan
sesudah itu ambil isi ikan dan blender bersama air rebusan td.

Bahan utk diblender
Serai
Lengkuas
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Kerisik
Rempah kari ikan
Santan

Cara2nya
Campurkan bahan yg diblender td bersam rempah kari - gaul rata
Tumis hingga garing
Masukkan santan, ikan dan asam keping
Biarkan sehingga mendidih ( pekatkan sedikit )
Akhir sekali masukkan kerisik dan garam
Biarkan sehingga mendidih.
Sesuaikan rasa...

Ulam-ulaman
Timun
Taugeh
Daun Kesom
Limau kasturi
Sambal belacan
Spageti/Laksa - klu ikut btol2 laksa johor nie guna spageti

Tuesday, July 5, 2011

MID-YEAR FAMILY TRIP....1~3 July 2011

2:11am - Isnin
Pagi isnin yang ceria....uihhh, senang hati dh smpi semula ke tempat sdiri...setelah 2D 2N di negeri Sir Francis Light...ujan emas di negeri orang; ujan batu di negeri sendiri...mmg pilih ujan batu oiiii....cmner cntik tmpt org, tmpt sdiri gak yang sedap bernafas...


Previous ceritera..

11:00pm - Jumaat
Malam yg amat happy buat anak2, sbb selepas sebulan menghitung hari, akhirnya tibalah masa yang dinanti2kan..mlm ni kitaorg akan berangkat ke Pulau Pinang...destinasi percutian pilihan utk kali ini...

Tadaaaa...bas yang bertanggungjawab membawa kitaorg semua ke sana...mmg selesa yg amat...gupe pon cntik kan??? bsama driver yg sporting...mmg perjalanan kami terasa tenang... dan selamat....

Bermula dengan doa yg dibaca sdiri oleh perancang percutian, Dr. Adam Mohamed-iaitu biras sy sdiri...kami memulakan perjalanan menuju ke utara dengan perasaan yg gumbira...dengan harapan semoga perjalanan kami dilindungi olehNya...amin...

Sy xtau le waktu yg tepat utk trip dr Melaka-Penang, tp perjalanan kami mengambil masa sekitar 8jam...mgk kitaorg bnyk sgt berhenti di kawasan2 rehat di spnjg highway...sbb pemandu kitaorg mmg berhemah...bkn jenis tergesa2 atau pentingkan diri...tp tu sumer xmnjadi masalah pd kitaorg...jnji selamat dlm segala hal...cm sy katakan td..mmg rasa selamat dan tenang arrr....

7:00am - Sabtu
Tiba di Tol Juru....sekitar 7:30am, kitaorg dh berada atas Jambatan Pulau Pinang yg masyhur tuhh...Ni gambar yg sempat sy snap dr atas bas (Pemandangan dr atas Jambatan)...nk beghenti amik gambo mmg xpat le...

Huh, satu macam perasaan le dpt naik n lalu atas Jambatan tuh...bg yg selalu ulang alik atas jambatan nih mmg xheran dah...tp bg kitaorg yg jarang2 dpt p sana, huh gerek sihhhh...

Setibanya di seberang - bandaraya Georgetown, kami terus p sarapan..isi pewot yg mmg dh berkeroncong nih...semua pakat pekena nasi lemak n roti canai...nasib rasanye xjauh beza ngan nasi lemak Melaka...3bungkus sy pulun..kikikiki (share ngan anak2 ye), suami plak pekena roti canai mamak Penang...huh..mmg lembut...katanyer lerrr....pastu kitaorg round2 di sekitar kawasan tersebut yg kebetulan ada Pasar Tani dan juga bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang...nmpk sibuk gak stadium tuh dgn acara2 pagi sempena Larian 1Malaysia yg berlangsung di seluruh negara...

Pastu, terus kita org pergi ke Batu Feringgi, tmpt fofular kt Penang nun...mesti korang pelik kan sbb smpai je terus p jalan2...hehehehe..benornyer kitaorg check-in kol 2:00pm, tu yg kena abiskan masa separuh pg tuh...sblm smpi masa check-in...kt Batu Feringgi, kitaorg lepak smbil mkn lg....mmg keje kitaorg makan dan makan je...yg kanak2 cm biyase le...pntg nmpk ayaq...berkubang je le keje derang...kitaorg bkelah smpi kol 11:00am gitu...dh puas bru le kitaorg bgerak p hotel utk check-in...walaupon smpi di hotel sekitar 12:00pm, tp pihak pengurusan Hotel membenarkan kitaorg check-in lebih awal..huhuhu...tq to Oriental Hotel Group...

So, apalagi, masing2 terus merebahkan diri setelah semalaman dok dlm bas...mmg meletihkan....tghari tu, kitaorg cuma turun mkn di Restoran Nasi Kandar yg terletak berhampiran ngan hotel...Ptg bru kitorg plan utk continue ronda2 sekitar Penang....




4:30pm - Sabtu
Semua telah siap2 bkumpul kt Lobi utk perjalanan seterusnya...Sebelum tu kitaorg plan nk p Kilang Jeruk, tp kensel, sbb dh lmbt..xsempat....so kitaorg terus p ke Taman Botani shaja...




Pastu kitaorg terus menuju ke Padang Kota Lama, klu kt Melaka ni lebih kurang cam Kelebang je tmpt tuh...ok lah...makanan kt sini...auuuuwww...bley tahan 'mahal'nye...sy mkn cincai je kt situ...
  • cendol - rm3.00 semangkuk
  • air carrot - rm2.50
  • sotong goreng kangkung + sotong bakar - rm16
  • nasi goreng cina - rm4.50
  • mee udang - rm8.00 (ni adik2 sy yg mkn...sy x amik menu nih)
so kira lah jumlahnyer.....hihihihi
Maghrib kitaorg dh smpi balik ke hotel...mlm tu lg skali kitaorg juz lepak2 kt bilik...yg mana kaki rayau tu, cuma ronda2 sekitar bandar iaitu tmpt2 sekitar hotel shj...so, kitaorg mmg rest abes arrr...xde le padat sgt agenda kitaorg...mmg nk santai2 jew...kiranyer, mengayau n rehat sama arrr..bbaloi...

7:00am - Ahad
Pagi ni pon kitaorg bersarapan dlm hotel je...tp menunyer ttp p cari di kedai2 sekitar hotel je...still roti canai jugak yg ada...oklah dari xde...kol 11:00am, semuanyer dimestikan berkumpul di Lobi utk check-out...kitaorg plan check out awal sbb xmo bpatah balik ke hotel...lgpon ada 1-2 tmpt lg kitaorg nk sgah...so, bley terus blik je le....

11:00am- Ahad
Semua dh berada semula di dlm bas utk perjananan menuju ke Bukit Bendera, tp sygnyer kitaorg xdpt naik sbb hujan...cuaca xbegitu elok...sempat bgambar kenangan di kaki bukit je lah...pastu terus kitaorg p ke Air Itam...tmpt ni lak sama cam Kg Jawa kt Melaka nih...sejibik heheheh...kt sana round2 sekitar 1jam gitu...

Lot2 kedai di Air Itam disusun menaiki bukit...makin lama makin tinggi, yg mana akhirnya akan smpi ke Tokong Cina yg terletak tinggi di atas bukit nun....
1:00pm - Ahad
Tanpa mbuang masa, kitaorg pon bertolak balik ke Melaka...cm biyase, sbg pemandu berhemah, mmg kitaorg pntg jumpa R&R ni...asik bgenti je...


Memula di R&R Gunung Semanggol - kt area ni je 2 kemalangan kitaorg jumpa...huisyyy..jammed jgn ckp le...Dlm kol 6:00pm, kitaorg bru smpi R&R Tapah...bayangkanle...punye le lama jammed...Kt Tapah, cm biyase le...glamer ngan jambu batu xdak biji tuh...so kt sini kitaorg sembhyang maghrib n terus makan malam...sbb pas ni klu bhenti pon utk tukar pemandu dan buang ayaq je...xdak mkn2 dah...






Dan begitu lah seterusnyer, tp tu lah, pemandu yg kitaorg dpt mmg alert dan berhati2, kitaorg pon setuju ngan cara begitu, walaupon lmbt disebabkan selalu bhenti, tp yg penting kitaorg selamat smpi ke Melaka...

Anyway semua org happy dgn trip kali nih...trip conducted by our family as a yearly trip....semoga bertemu lagi di lain trip...adios....