Wednesday, July 13, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN - SIRI 4

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...

Gambar adalah hiasan semata-mata

1) Apakah yang perlu DIKETAHUI oleh wanita sebelum perkahwinan itu boleh dilangsungkan?
Sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan, bakal pengantin hendaklah memastikan :
  • Tiada halangan untuk berkahwin
  • Kesediaan kedua belah pihak untuk berkahwin
  • Kedua-dua bakal pengantin telah menghadiri kursus Pra-perkahwinan; dan
  • Ujian kesihatan mengikut ketetapan negeri.
2) Apakah yang DIMAKSUDKAN dengan tiada halangan untuk berkahwin?
Tiada halangan untuk berkahwin ialah:
  • Tidak ujud hubungan muhrim diantara lelaki dan perempuan
  • Kesihatan yang baik dan tidak mendatangkan mudarat
  • Mendapat kebenaran untuk berkahwin diluar kariah sekiranya perkahwinan itu bakal berlangsung diluar kariah pengantin perempuan
  • Bakal pengantin lelaki telah mendapat kebenaran dari Mahkamah sekiranya perkahwinan itu merupakan perkahwinan poligami
  • Kemampuan kewangan; dan
  • Berumur 18 tahun ke atas bagi lelaki dan 16 tahun ke atas bagi perempuan.
3) Apakah KURSUS PRA-perkahwinan?
Kursus Pra-perkahwinan ialah kursus persediaan perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam seluruh negeri atau pihak swasta yang mendapat kebenaran dan pengiktirafan daripada kerajaan.

4) Siapakah yang DILARANG untuk seseorang wanita itu berkahwin?
Seseorang wanita dilarang berkahwin dengan lelaki yang mempunyai hubungan dengan muhrim (diharamkan berkahwin selama-lamanya)
  • bapa kandung
  • datuk
  • saudara lelaki seibu sebapa
  • saudara lelaki seibu
  • anak saudar lelaki
  • bapa saudara
  • saudara lelaki susuan; dan
  • orang bukan Islam
Hadith Rasullullah SAW :

" dari Aishah dari Rasullullah SAW bersabda : yang haram oleh kerana sesusuan sebagaimana haram oleh sebab keturunan".

(Sahih muslim, Kitab An-Nikah)

5) Berapakah HAD UMUR minima untuk berkahwin?
Dibawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], had umur minima untuk berkahwin ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

6) Sekiranya seorang perempuan itu BERUMUR di bawah 16 tahun, bolehkan dia melangsungkan perkahwinan?
Boleh, seorang perempuan yang berumur dibawah 16 tahun boleh melangsungkan perkahwinan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

7) Mengapakah had umur minima untuk berkahwin itu ditetapkan?
Walaupun hukum Syara' tidak menetapkan sebarang umur minima untuk berkahwin dan sesebuah perkahwinan itu boleh dilangsungkan apabila pihak-pihak kepada perkahwinan telah mencapai umur baligh, penetapan had umur minima dilakukan demi keperluan dunia moden masa kini, memandangkan ikatan perkahwinan itu memberi kesan kepada hak dan tanggungjawab seseorang itu.

8) Bolehkan pernikahan DIJALANKAN ditempat selain dari tempat tinggal kariah pihak perempuan?
Boleh, dengan syarat kebenaran telah diberikan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak perempuan.

9) Bagaimanakah PROSES PERMOHONAN perkahwinan dilakukan?
Proses permohonan perkahwinan dilakukan seperti berikut:
  • Pihak lelaki dan perempuan mengemukakan permohonan melalui borang permohonan kepada Pendaftar bagi kariah tempat tinggal pihak perempuan;
  • Jika pihak lelaki bermastautin diluar kariah pihak perempuan, permohonan hendaklah disertakan dengan kenyataan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak lelaki;
  • Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan;
  • Penolong Pendaftar akan menyatukan borang-borang itu;
  • Borang-borang itu akan diserahkan kepada pendaftar;
  • Pendaftar akan mengeluarkan surat kebenaran;
  • Penolong Pendaftar akan menjalankan akad nikah; dan
  • Sijil nikah akan dikeluarkan oleh Pendaftar.
10) Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin?
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin ialah:
  • Bukti permastautin
  • Pengesahan status bujang oleh majikan atau penghulu
  • Kad pengenalan atau passport
  • Sijil Kursus Pra-perkahwinan; dan
  • Surat kebenaran wali (jika berkaitan).
11) Mengapakah sesuatu perkahwinan itu perlu didaftarkan?
Sesuatu perkahwinan itu perlu didaftarkan untuk memastikan hak-hak pihak dalam perkahwinan terjamin.

Perhatian : Ini hanya sebagai panduan sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment