Monday, July 11, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSETUJUAN UNTUK BERKAHWIN - SIRI 2

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI...
Gambar adalah hiasan semata-mata - copyright from Polini Fotografik

1) Adakah PERSETUJUAN pihak perempuan perlu sebelum perkahwinan itu boleh dilangsungkan?
Ya, persetujuan pihak perempuan adalah perlu sebelum perkahwinan boleh dilangsungkan. bagi anakdara persetujuannya adalah diberikan oleh walinya iaitu WALI MUJBIR.

2) Siapakah WALI MUJBIR?
WALI MUJBIR ialah bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.

3) Adakah seorang anakdara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh wali mujbir?
Seorang anakdara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh wali mujbir dengan syarat perkahwinan yang akan dijalankan itu adalah sekufu dan perkahwinan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan terhadap pengantin perempuan.

4) Bagaimanakah dengan persetujuan seorang Janda untuk berkahwin?
Seorang Janda tidak memerlukan persetujuan walinya untuk berkahwin.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan SEKUFU?
Sekufu ialah keadaan dimana bakal suami dan isteri adalah sama dari segi kedudukan keluarga kedua-dua belah pihak, kedudukan kewangan, taraf pendidikan, keturunan dan pekerjaan.

6) Selain wali mujbir, siapakah yang LAYAK menjadi wali?
Selain Wali Mujbir, orang yang layak menjadi wali ialah :
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
  • Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  • Bapa saudara bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
  • Bapa saudara datuk seibu sebapa
  • Bapa saudara datuk sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  • Wali Hakim
7) Apakah keadaan yang membolehkan seseorang anakdara boleh berkahwin tanpa menggunakan Wali Mujbir?
Apabila Wali Mujbir tiada sama sekali atau Wali Mujbir tinggal berjauhan lebih dari 60batu atau Wali Mujbir tidak diketahui dimana ia berada samada ia telah meninggal dunia atau masih hidup maka Wali Raja boleh digunakan atas kebenaran Mahkamah Syariah.

8) Siapakah WALI RAJA?
Wali Raja ialah wali yang ditauliahkan oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja Negeri yang berkenaan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali daripada nasab.

9) Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak layak menjadi wali disebabkan fasiq, siapakah yang yang layak menjadi wali?
Sekiranya bapa tidak layak menjadi wali disebabkan oleh keadaan dirinya yang fasiq, orang yang layak menjadi wali ialah datuk sebelah bapa dan ke atas mengikut urutan senarai wali

10) Apakah yang dimaksudkan dengan WALI FASIQ?
Wali Fasiq ialah wali yang tidak berpegang kepada ajaran Islam, tidak menunaikan kewajipan agama dan melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak dan sebagainya.

Perhatian : Ini sebagai panduan sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment