Saturday, July 9, 2011

HAK-HAK WANITA ISLAM - PERTUNANGAN - SIRI 1

SHARING IS CARING
Sumber dipetik dari Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perkara-perkara yang perlu anda KETAHUI..

1) Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan PERTUNANGAN?
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2) Bagaimanakah ikatan PERTUNANGAN ini dibuat?
Ikatan pertunangan ini biasanya dibuat mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3) Bolehkan ikatan PERTUNANGAN ini dibuat secara lisan atau bertulis?
Ikatan pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4) Apakah perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum bertunang?
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah :-
  • Pihak lelaki atau perempuan belum ditunangkan dengan orang lain
  • Tiada halangan dari kedua-dua belah pihak untuk berkahwin
  • Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan
  • Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu dan tidak melanggar batasan syarak.
5) Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti :
  • Tempoh pertunangan
  • Jumlah mas kahwin
  • Jumlah hantaran perkahwinan
  • Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan
  • Gantirugi yang boleh dituntut jika pertunangan dibatalkan
  • Tempat perkahwinan akan diadakan (jika perlu); dan
  • Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu dan tidak melanggar batasan syarak.
6) Apakah peruntukan UNDANG-UNDANG KHUSUS yang berkaitan dengan pertunangan?
Ya. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan hal berkaitan dengan pertunangan.

7) Apakah bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak yang diputuskan pertunangan?
Antara tuntutan yang boleh dibuat ialah :
  • Gantirugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir
  • Gantirugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan
  • Gantirugi hadiah pertunangan; dan
  • Lain-lain bentuk gantirugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan pertunangan.
Perhatian : Ini sebagai panduan sahaja. Anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment